Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Nora Anne meninggal kerana kebocoran usus

DALAM NEGARA

Nora Anne meninggal kerana kebocoran usus

Datuk Mohamad Mat Yusof sewaktu bercakap dalam sidang media keputusan bedah siasat Nora Anne di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Hasil bedah siasat terhadap Nora Anne Quoirin mengenalpasti punca kematian mendiang adalah disebabkan kebocoran pada usus kerana tiada kehadiran makanan dalam jangka waktu yang panjang serta tekanan perasaan secara berpanjangan dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof dalam sidang media polis keputusan bedah siasat Nora Anne berkata, pihak patologi memaklumkan bahawa Nora dikenalpasti meninggal dalam tempoh masa dua hingga tiga hari.

“Hasil bedah siasat selama 10 jam itu yang bermula pukul 11.45 pagi hingga 9 malam, pihak patologist memaklumkan bahawa mayat adalah nora dan telah meninggal dalam tempoh masa 2-3 hari dan tidak lebih dari empat hari.

Terdapat juga calar kecil dan luka di kaki tetapi tidak menjurus ke arah kematian mangsa,” katanya pada sidang media polis keputusan bedah siasat Nora Anne di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di Seremban, petang tadi.

Menurut beliau, beberapa sampel dari tubuh juga diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa bagi mengetahui lebih lanjut tentang laporan autopsi.

Beliau juga menafikan dakwaan Nora dirogol sebagaimana yang tular di Twitter setelah mayat Nora ditemui Selasa lepas.

“Kami telah terima laporan mengenai itu dan telah mengesan pemilik Twitter itu,” katanya.

Selain itu, Mohamad juga menyatakan tiada elemen culik dalam kes kematian mendiang ketika menjawab soalan media.

“Pihak polis Ireland dan Perancis turut membantu siasatan ini,” jawab beliau menjawab pertanyaan tentang ketelusan siasatan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading