Sektor perkhidmatan awam banyak diceburi bumiputera kerana sambutan kurang memberangsangkan dari kalangan bukan bumiputera. – GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR – Sambutan kurang memberangsangkan dari
kalangan bukan bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam menyebabkan ketidakseimbangan
kaum dalam sektor itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Md
Farid Md Rafik.
“Berdasarkan kepada jumlah permohonan, sambutan dari
kalangan bukan bumiputera agak kurang memberangsangkan berbanding kumpulan
bumiputera.
“Kesemua proses pelantikan adalah berdasarkan merit dan tidak sama sekali berdasarkan kaum atau bangsa. SPA dan pihak berkuasa melantik yang lain sentiasa membuka peluang kepada semua kaum untuk memohon,” katanya dalam kenyataannya semalam, sebagaimana dipetik Bernama dalam laporannya tentang saiz perkhidmatan awam negara.
Menurut Md Farid lagi, pelantikan ke dalam perkhidmatan awam
perlu melalui proses permohonan, temu duga dan pelantikan. Justeru itu beliau
berkata, usaha akan diteruskan bagi menarik minat golongan bukan bumiputera
menyertai perkhidmatan awam.
Beliau juga menafikan dakwaan yang menyatakan saiz
perkhidmatan awam Malaysia terlalu besar dan perlu dikecilkan untuk menjimatkan
perbelanjaan pengurusan kerajaan pada setiap tahun.
“Saiz perkhidmatan awam Malaysia masih ideal dan tidak
terlalu besar berbanding negara lain,” katanya.
Ini kerana jumlah penjawat awam sebanyak 1.6 juta orang
turut melibatkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja
kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di
negara-negara lain.
“Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia
hanya melibatkan sejumlah 616,718 kakitangan (setakat Mei 2018) ataupun nisbah
1:51 kepada rakyat Malaysia,” petik Bernama.
Beliau mengulas sedemikian terhadap isu tular bertajuk
“Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang Felda” dalam
sebuah portal yang memetik sebuah artikel bertajuk “My Proposal For The
Reduction And Improvement Of Our Civil Service” yang ditulis seorang ahli
perniagaan di blognya.
Md Farid juga menyatakan isu perbelanjaan pengurusan terutama
berkaitan gaji kakitangan awam yang meningkat saban tahun sentiasa dalam
perhatian kerajaan, dan kerana itulah beberapa inisiatif seperti mengecilkan
saiz perkhidmatan awam secara berperingkat dengan hanya 1.6 juta perjawatan
diisi daripada keseluruhan 1.7 juta perjawatan yang wujud dibuat untuk
menangani masalah ini.
“Kerajaan juga mengambil pendekatan dasar penswastaan di
mana kerajaan akan mengurangkan beban kewangan, meninggikan kecekapan dan
penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian sumber yang
lebih cekap,” katanya.
Langkah-langkah ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan
emolumen sehingga RM1.9 billion serta penjimatan sebanyak RM490 juta bagi
bayaran pencen kakitangan awam.
Beliau juga meminta semua pihak menilai semula tanggapan
negatif mereka terhadap sektor ini dan bersikap lebih adil dan
bertanggungjawab.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests