NORMALISASI DENGAN NEGARA HARAM: DUA LAGI NEGARA ISLAM TERSENARAI?

Image
Adakah lebih banyak negara Islam akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pasca pentadbiran Trump tahun depan? – Imej: Twitter

TEL AVIV: Negara haram, Israel memberi bayangan bahawa dua lagi negara Islam akan menjalinkan hubungan dengannya dalam tempoh sebulan lagi, demikian lapor portal berita antarabangsa Aljazeera.

Setakat ini empat negara telah menormalisasikan hubungan dengan Israel, yang disokong kuat Amerika Syarikat iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan terbaharu, Maghribi.

Israel mengalu-alukan hubungan baharu diplomatiknya dengan Maghribi – Imej: Twitter

Menurut Menteri Kerjasama Wilayah Israel, Ofir Akunis, dua negara akan menyertai empat negara Islam berkenaan, sebelum Presiden Donald Trump berundur, kurang sebulan lagi.

Akunis bagaimanapun hanya memaklumkan, satu daripadanya adalah negara teluk, namun menafikan negara itu adalah Arab Saudi.

“Selain negara teluk, satu lagi negara terletak di bahagian timur. Ia bukanlah sebuah negara Islam yang kecil, dan ia bukan Pakistan.”

Ofir Akunis
Menteri Kerjasama Wilayah Israel

Awal minggu ini, Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi berkata Islamabad tidak akan menjalinkan hubungan negara haram Israel selagi konflik Asia Barat membabitkan Palestin-Israel tidak selesai.

Banyak negara Islam lebih mengutamakan solidariti kepada Palestin berbanding hubungan diplomatik dengan Israel
Imej: Twitter

Minggu lalu juga, Indonesia juga dilapor senada dengan Pakistan yang melihat hubungan dengan Israel tidak akan menjadi kenyataan selagi tuntutan rakyat Palestin tidak dipenuhi.

Dhaka juga kekal dengan pendirian enggan menjalin hubungan dengan Israel, sebagai mana kenyataan jurucakap Kementerian Luar Bangladesh, yang dipetik Reuters. – AlHijrah Online

Leave a Reply