OPERASI KILANG ARAK DIBATALKAN – ISMAIL SABRI

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan kelulusan bagi operasi kilang arak Heineken dan Carlsberg ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibatalkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat mesyuarat kabinet hari ini dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mesyuarat Khas Kabinet hari ini dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan kelulusan operasi kilang ini dibatalkan,” katanya pada sidang media harian PKP di Putrajaya yang disiarkan stesen televisyen tempatan hari ini.

Ismail Sabri berkata kedua-dua syarikat itu juga akan diberikan surat untuk memaklumkan berkenaan pembatalan kelulusan sebelum ini.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengeluarkan surat pembatalan serta merta,” katanya.

Berita mengenai surat pelepasan untuk kedua-dua kilang itu menjalankan operasi viral di media sosial semalam

Ismail Sabri berkata perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat tentang kelulusan beroperasi terbabit.

Beliau berharap isu berkenaan kilang arak itu tidak akan dibangkitkan lagi susulan pembatalan kelulusan itu. — AlHijrah Online/Zaim Zamani

Leave a Reply