Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN LAKSANAKAN SOLAT AIDILADHA DI MASJID AL-AQSA DALAM SUASANA SURAM, DIBAYANGI SERANGAN ISRAEL

DUNIA

PALESTIN LAKSANAKAN SOLAT AIDILADHA DI MASJID AL-AQSA DALAM SUASANA SURAM, DIBAYANGI SERANGAN ISRAEL

Puluhan ribu rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Jumaat, meskipun menghadapi sekatan ketat Israel dan suasana suram akibat perang genosid yang berterusan di Gaza.

Menurut anggaran, kira-kira 80,000 rakyat Palestin hadir di Masjid Al-Aqsa (AFP)

BAITUL MAQDIS: Puluhan ribu rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Jumaat, meskipun menghadapi sekatan ketat Israel dan suasana suram akibat perang genosid yang berterusan di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut anggaran, kira-kira 80,000 rakyat Palestin hadir di masjid itu, sambil melaungkan takbir raya ketika keluar dan masuk ke kawasan masjid.

Polis Israel dikerahkan secara besar-besaran di dalam dan sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa serta Kota Lama sebelum, semasa dan selepas solat sunat Aidiladha.

Namun, ramai rakyat Palestin dari Tebing Barat tidak dapat hadir untuk menunaikan solat di Baitulmaqdis berikutan sekatan pergerakan yang dikenakan oleh Israel.

Ramai rakyat Palestin dihalang daripada memasuki masjid oleh pihak berkuasa Israel dan terpaksa menunaikan solat di luar pintu pagar masjid itu.

 Suasana di Baitulmuqaddis kelihatan muram, tatkala bandar itu bergelut dengan kesan perang genosid Israel yang masih berlanjutan di Semenanjung Gaza. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading