Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN SOKONG KEPUTUSAN UNHRC, SIASAT PENCABULAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN

DUNIA

PALESTIN SOKONG KEPUTUSAN UNHRC, SIASAT PENCABULAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN

Sumber Gambar: MOHAMMED ABED / AFP

RAMALLAH: Palestin menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat pencabulan Israel terhadap wilayah Palestin.

Lapor Agensi Xinhua, UNHRC membuat keputusan dalam satu khas untuk melancarkan siasatan antarabangsa berhubung pelanggaran hak asasi manusia di wilayah Palestin dan jajahan Israel sejak April lalu, selepas 24 negara anggota mengundi untuk menyokong, sembilan membantah manakala 14 lagi berkecuali.

Keputusan tersebut membabitkan inkuiri terhadap konflik ganas terbaru antara tentera rejim Zionis dan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza termasuk ‘punca tunjang’ kepada ketegangan antara kedua-dua pihak itu.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Luar Palestin menyifatkan 24 negara anggota yang menyokong keputusan itu sebagai ‘menyebelahi keadilan, hak dan akauntabiliti.’

“Pembentukan jawatankuasa itu mencerminkan tekad komuniti antarabangsa untuk terus menuju ke arah akauntabiliti, pelaksanaan undang-undang serta melindungi hak asasi manusia rakyat Palestin,” katanya.

Sumber Gambar: THOMAS COEX / AFP

Bagi Pengarah Jabatan Media Hamas di Semenanjung Gaza, Ahmad Murra, kumpulan pejuang berkenaan menyifatkan keputusan UNHRC itu sebagai ‘langkah ke arah yang betul.’

“Adalah penting untuk menjadikannya realiti, memastikan keadilan untuk rakyat Palestin dan mendedahkan pencabulan oleh Israel,” katanya dalam satu kenyataan merujuk konflik keganasan selama 11 hari di Semenanjung Gaza.

—AlHijrah Online / BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading