KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuatkuasa 28 Mei 2021 (Jumaat).
Ia susulan pengumuman terkini kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),
Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata ketetapan baharu itu telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Menurut Mohd Ajib bagi kawasan PKP, solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan yang berkapasiti 1,000 jemaah ke atas, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 50 orang dengan penjarakan 1.5 meter.
Bagi kapasiti 1,000 jemaah ke bawah, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 20 orang dengan penjarakan 1.5 meter.
“Untuk solat fardu di masjid, surau Jumaat dan surau, bilangan jemaah dibenarkan tidak melebihi 12 orang yang terdiri dari pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa sahaja dengan penjarakan 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Mohd Ajib menjelaskan bagi solat Jumaat dan solat fardu di surau Jumaat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bilangan jemaah dibenarkan hanya 12 orang sahaja yang terdiri dari imam, bilal, noja dan ahli Jawatankuasa (AJK) dengan penjarakan 1.5 meter.
Untuk solat fardu di surau PPR dan PA DBKL pula, bilangan jemaah dibenarkan hanya tiga orang sahaja yang terdiri dari imam, bilal dan noja atau AJK dengan penjarakan 1.5 meter.
“Kawasan PKPD solat Jumaat digantikan dengan solat Zohor, manakala bagi solat fardu dibenarkan dengan bilangan jemaah tiga orang sahaja iaitu imam, bilal dan noja atau AJK,” katanya.
Di kawasan PKPD juga Mohd Ajib berkata, pengurusan jenazah yang melibatkan bukan pesakit COVID-19 hendaklah dilaksanakan di rumah atau premis persendirian dengan had maksimum jurumandi dan petugas lima orang.
Solat jenazah di kawasan PKPD kata beliau hendaklah tidak melebihi 12 orang serta kehadiran bagi pengebumian jenazah tidak melebihi 15 orang termasuk ahli keluarga terdekat.
“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir dan negara Malaysia tercinta di dalam pemeliharaan Allah SWT sentiasa,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager