Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PANJANGKAN CUTI RAYA HINGGA AKHIR BULAN MEI – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

PANJANGKAN CUTI RAYA HINGGA AKHIR BULAN MEI – KP KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesyorkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri juga dipanjangkan hingga akhir bulan Mei.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu agar rakyat dapat duduk di rumah tanpa aktiviti luar.

“Untuk sektor pendidikan kita akan syorkan supaya dipanjangkan cuti hingga akhir bulan supaya mereka duduk di rumah dan kita boleh putuskan rantaian.

“Kita akan syorkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengelakkan perhimpunan yang besar,” katanya dalam Sidang Media Khas COVID-19 hari ini.

Tambah beliau sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi menjadi kebimbangan KKM kerana dijangka akan ada perhimpunan dan aktiviti ziarah.

Oleh itu katanya pihak berkuasa termasuk orang awam perlu memastikan tiada aktiviti rentas daerah berlaku.

Ketika ini terdapat 14 kluster rentas negeri yang masih aktif dengan ada kluster telah dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351.

Dalam sidang media sama, Dr Noor Hisham memaklumkan 4,519 kes baharu COVID-19 dikesan hari ini.

Sejumlah 25 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,657. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading