Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PARLIMEN IRAN LULUS LANGKAH TUTUP SELAT HORMUZ SUSULAN SERANGAN AS KE ATAS TAPAK NUKLEAR

DUNIA

PARLIMEN IRAN LULUS LANGKAH TUTUP SELAT HORMUZ SUSULAN SERANGAN AS KE ATAS TAPAK NUKLEAR

Parlimen Iran telah meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Ahad.

Gambar ARKIB.

ISTANBUL: Parlimen Iran telah meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kemudahan nuklear, kata seorang penggubal undang-undang kanan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

“Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup,” kata Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, dalam kenyataan yang disiarkan oleh Press TV milik kerajaan.

Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.

“Keputusan muktamad mengenai perkara ini terletak pada Majlis Keselamatan Tertinggi Negara,” kata Kowsari.

Majlis Keselamatan  Tertinggi Negara  merupakan pihak berkuasa keselamatan tertinggi di Iran.

Presiden AS Donald Trump pada awal Ahad berkata tenteranya telah mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Serangan itu merupakan peningkatan terkini dalam serangan tentera Israel yang disokong AS ke atas Iran sejak 13 Jun, yang mendorong Tehran melancarkan serangan balas ke atas Israel.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading