Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PARLIMEN TANGGUH ISNIN, DUA LAGI KES POSITIF COVID-19 DIKESAN

DALAM NEGARA

PARLIMEN TANGGUH ISNIN, DUA LAGI KES POSITIF COVID-19 DIKESAN

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 yang dijadual bersambung jam 5.15 petang tadi ditangguhkan sehingga Isnin (2 Ogos).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon yang memutuskan perkara itu berkata ia berikutan dua lagi kes positif dikesan di Parlimen selepas ujian saringan RTK AG Saliva dijalankan pada petang tadi.

“Mereka yang hadir sejak Isnin lepas, tapi tidak ada hari ini, perlu jalani ujian di klinik berdekatan.

“Sehubungan itu, saya tempohkan (tangguh) Mesyuarat Khas pada Isnin hadapan” katanya di Dewan Rakyat.

Mesyuarat khas yang berlangsung pada hari ini telah ditangguhkan beberapa kali selepas kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung penamatan Ordinan Darurat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading