Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pasir Gudang: 209 terima rawatan, 8 di ICU

UTAMA

Pasir Gudang: 209 terima rawatan, 8 di ICU


Dr Sahruddin Jamal

PASIR GUDANG, 14 Mac – Seramai 217 mangsa menerima rawatan di hospital, susulan kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, setakat jam 8 malam semalam.

Sinar Harian melaporkan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, daripada jumlah tersebut, 209 mangsa menerima rawatan di wad, manakala selebihnya di unit rawatan rapi (ICU).

“Seramai 82 mangsa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), 85 mangsa Hospital Sultanah Aminah (HSA), 39 mangsa di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang dan tiga mangsa di Regency Hospital.

“Selain itu, seramai lapan mangsa menerima rawatan di ICU HSI,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) Johor Bahru di Menara Aqabah, di sini hari ini.

Seramai 947 orang awam telah menerima rawatan saringan di ‘medic base’ terletak di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar setakat semalam.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading