SHAH ALAM – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
mempersoalkan keputusan Peguam Negara, Tommy Thomas mengadakan inkues bagi
menentukan sebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang
terbunuh semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, keputusan
dibuat seolah-olah memberi gambaran bahawa beliau masih keliru dengan punca
kematian Muhammad Adib sedangkan, telah berdasarkan laporan perubatan dan bedah
siasat dibuat dan kertas siasatan yang dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)
telah mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh.
Menurutnya, proses inkues bakal mengambil masa kerana
majistret secara inquisitorial mempunyai kuasa luas meneliti sebab kematian
Muhammad Adib termasuk memanggil semua pihak terlibat yang dijangkakan
menjangkau puluhan orang.
“Oleh kerana proses
ini mungkin mengambil masa ia menimbulkan kebimbangan terhadap empat orang yang
sedang disiasat oleh polis.”
“Walaupun polis telah mengklasifikasi semula kes ini di bawah
seskyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh setelah kematian Muhammad Adib
tiada tindakan segera diambil polis atau Peguam Negara untuk menangkap atau
menuduh dibawah seksyen 302 tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan
hari ini memaklumkan Thomas akan mengarahkan majistret untuk membuat inkues
bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.
Katanya, beliau dimaklumkan sendiri Thomas hasil perbincangan
yang diadakan selepas penemuan dapatan tertentu polis menerusi rakaman
percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi
yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.
Mengulas lanjut, Zainul berkata, apa yang lebih menggusarkan
adalah keempat-empat individu yang disiasat telah dilepaskan atas jaminan polis
dan bukan jaminan daripada mahkamah.
“Oleh itu orang yang disiasat bebas ke mana sahaja mereka
mahu tanpa sekatan. Sekiranya polis atau Peguam Negara berpandangan pihak
sedang disiasat itu tiada kaitan dengan kesalahan yang disiasat kenapa pula
mereka dilepaskan dengan jaminan polis, seharusnya mereka dilepaskan sepenuhnya.”
“Kami berpendapat, tidak perlu untuk mengadakan inkues kerana
akan melengah-lengahkan keadilan buat keluarga mangsa sahaja.
“Kami meminta polis segera menyempurnakan kertas siasatan dan
Peguam Negara membuat keputusan cepat mendakwa pihak yang terbabit. Bukan semua
kes yang disiasat dibawah seskyen 302 Kanun Keseksaan memerlukan keputusan
inkues terlebih dahulu sebelum pendakwaan dapat dilakukan,” katanya.
Jelasnya, oleh kerana polis telah mengklasifikasi semula kes
ini di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, maka wajar polis menangkap semula dan
mendapatkan tahanan reman kepada mereka yang sedang disiasat.
“Ini bagi mengelakkan proses undang-undang digagalkan
melainkan polis berpendapat mereka tidak melakukan kesalahan tersebut dan
memberikan justifikasi agar ia menjadi telus. Meskipun begitu polis dan Peguam
Negara perlu menjelaskan di mana keberadaan orang yang disiasat dan status
siasatan tersebut,” katanya.
Zainul berkata lagi, pihaknya mendesak Peguam Negara
memberikan penjelasan terperinci kenapa tiada pendakwaan dilakukan dibawah
seksyen 302 kanun keseksaan setakat ini dan kenapa pula inkues dijalankan
kerana orang awam tidak mempunyai akses kepada siasatan.
“Masyarakat perlu tahu sama ada siasatan masih belum lengkap
atau terdapat elemen lain yang boleh menjadikan pendakwaan gagal,” katanya.
Selain itu beliau turut mempersoalkan tindakan pihak yang
meminta perlindungan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk masuk campur
di dalam siasatan polis dan meminta siasatan bebas dilakukan.
“Adakah ini bermakna polis sudah tidak menjalankan siasatan
dengan bebas sehingga perlu diadakan siasatan lain? Hal ini selari dengan
kenyataan seorang menteri yang menyalahkan pihak polis dalam insiden ini suatu
ketika dahulu,” katanya.
Beliau turut menyarankan keluarga Muhammad Adib untuk mencari alternatif lain untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkaitan melalui undang-undang tort di mahkamah sivil bagi mendapatkan keadilan. – Sinar Harian
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.