Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Perlombongan bauksit tetap tak boleh dimulakan

DALAM NEGARA

Perlombongan bauksit tetap tak boleh dimulakan

Dr Xavier Jayakumar

KUALA LUMPUR – Aktiviti perlombongan dan eksport bauksit di Kuantan, Pahang tidak boleh beroperasi semula walaupun selepas tamat tempoh moratorium kegiatan itu pada 31 Mac ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, ini kerana arahan pemberhentian operasi bauksit yang dikeluarkan pada Januari 2016 seperti termaktub di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 masih berkuat kuasa.

“Arahan pemberhentian operasi perlombongan hanya akan ditarik balik setelah semua pihak bersedia mengikut prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Negeri Pahang bagi menjamin aktiviti perlombongan mampan.

“Kementerian saya telah pun mengambil tindakan untuk memantapkan SOP itu yang akan mengenakan syarat ketat yang merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Dr Xavier berkata, satu sesi pendengaran awam bersama semua pihak berkepentingan termasuk pertubuhan berkaitan alam sekitar dan penduduk setempat akan diadakan pada 14 April ini.

Menurutnya, kementerian juga akan mengeluarkan notis pemakluman mengenai sesi pendengaran awam itu pada hujung bulan ini.

“Sesi pendengaran awam ini dianjurkan bagi mendapatkan pandangan dan maklumat balas berhubung SOP yang bakal dikuatkuasakan,” katanya.

Orang awam boleh meneliti SOP baharu itu dalam laman web http://www.kats.gov.my pada 31 Mac ini. – SINAR ONLINE


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading