Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TINGKATAN DUA DAKWA DICABUL KETIKA KE SEKOLAH

DALAM NEGARA

PELAJAR TINGKATAN DUA DAKWA DICABUL KETIKA KE SEKOLAH

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua didakwa dicabul ketika dalam perjalanan ke sekolah, dalam kejadian di Jalan Haji Masjoyo, Jenjarom dekat sini pada Rabu lalu.

KUALA LANGAT: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua didakwa dicabul ketika dalam perjalanan ke sekolah, dalam kejadian di Jalan Haji Masjoyo, Jenjarom dekat sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki warga tempatan berumur 42 tahun yang merupakan bapa kepada mangsa, kira-kira jam 11.15 pagi.

Katanya, mangsa berusia 14 tahun itu yang sedang menunggang motosikal untuk ke Sekolah Menengah Sungai Jarom, telah diekori lelaki yang tidak dikenali.

“Suspek yang disyaki warga tempatan datang dari arah belakang mangsa telah meraba bahagian sulit mangsa sebelum terus beredar dari lokasi kejadian.

“Polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan dibuat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh dihukum dengan sebat jika sabit salah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222, katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading