PELURU BERPANDU ISRAEL SASARKAN SYRIA DILANCAR DARI LUBNAN
BEIRUT: Peluru berpandu Israel yang dilancarkan ke wilayah Syria pada Ahad malam dilancarkan dari Sidon, iaitu bandar di selatan Lubnan, demikian laporan stesen TV Al Jadeed.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Ketua Pasukan Interim PBB di Lubnan pada bulan lalu, mengfailkan aduan serius terhadap Tentera Israel, menggesa ia menghormati Resolusi 1701 PBB dengan menghentikan pencabulan ke atas kedaulatan Lubnan.
Menurut pihak berkuasa Lubnan, Israel mencabuli ruang udara Lubnan hampir setiap hari. — Terjemahan AlHijrah Online