Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU BAS, DUA PENUMPANG CEDERA BAS TERBALIK

DALAM NEGARA

PEMANDU BAS, DUA PENUMPANG CEDERA BAS TERBALIK

Bas tersebut dalam perjalanan dari sebuah hotel di Batu 4, Port Dickson ke Pantai Telok Kemang dan bas berkenaan dipercayai telah terbabas di bahu jalan.

Sumber Gambar: Ihsan Bomba

PORT DICKSON: Seramai tiga orang cedera dalam kejadian bas persiaran terbabas lalu terbalik di Kampung Baru Si Rusa, di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Khalid Dollah berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.01 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa seramai 20 orang penumpang iaitu lapan lelaki dewasa dan 12 orang wanita dewasa.

“Bas tersebut dalam perjalanan dari sebuah hotel di Batu 4, Port Dickson ke Pantai Telok Kemang dan bas berkenaan dipercayai telah terbabas di bahu jalan,” katanya seperti dilapor Utusan.

Katanya kejadian tersebut mengakibatkan tiga mangsa cedera ringan iaitu pemandu bas serta dua penumpang wanita.

Bagaimanapun kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading