TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMANDU LORI, TRELER CUKUP TEGAS – LOKE
Tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pemandu lori atau treler yang melakukan kesalahan di jalan raya di negara ini adalah cukup tegas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
NILAI: Tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pemandu lori atau treler yang melakukan kesalahan di jalan raya di negara ini adalah cukup tegas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata tidak timbul isu kerajaan tidak mengambil tindakan tegas membabitkan pemandu lori atau treler malah pengusaha lori sendiri mengakui tindakan dikenakan sangat ketat.
“Penguatkuasaan dilakukan sepanjang masa dan ketat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terutamanya lori-lori yang membawa muatan berlebihan, kami tahu kebimbangan orang ramai terhadap kemalangan yang berlaku, kami akan terus pantau dan ambil tindakan.
“Ramai kata (tindakan) tidak tegas, dalam peraturan sedia ada memang tindakan dan undang-undang itu cukup tegas. Kalau didapati mengambil lebihan muatan bukan hanya boleh disaman, lori itu juga boleh disita, dilucutkan hak milik mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kerjaya@Pengangkutan di Nilai, di sini hari ini.
Loke berkata pihaknya sentiasa memastikan pendekatan lebih menyeluruh dilaksanakan sebaiknya sebagai keseimbangan dari segi keperluan industri dan keselamatan jalan raya.
Beliau berkata JPJ melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan sebaiknya dan kementerian juga sentiasa memikirkan tindakan lebih efektif demi keselamatan orang awam.
Dalam program hari ini Loke berkata lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan yang meliputi sektor udara, darat dan maritim.
Peluang pekerjaan ditawarkan terbuka kepada semua calon termasuk berkelulusan ijazah sarjana muda, diploma, Sijil Pelajaran Malaysia serta sijil kemahiran berpeluang menikmati inisiatif yang berlangsung dua hari bermula hari ini di AEON Nilai.
“Pendekatan ini bagi mendedahkan kepada orang ramai tentang peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan, sudah tentu kita memerlukan ramai pekerja terutamanya pemandu bas dan tren terutamanya di Lembah Klang.
“Bagi pemandu bas kita mahu menjadikan mereka lebih kompeten, elaun serta gaji ditawarkan cukup baik,” katanya.
Antara syarikat terlibat menawarkan peluang pekerjaan adalah daripada Prasarana Malaysia Bhd, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Air Asia, Batik Air, MYAirline Sdn Bhd, Ground Team Red serta Malaysia Aviation Group (MAG).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.