Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU LORI TULAR TUKAR ‘LANE’, BERHENTI MENGEJUT POSITIF DADAH

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI TULAR TUKAR ‘LANE’, BERHENTI MENGEJUT POSITIF DADAH

Polis mendapati pemandu lori tular kerana memandu secara melulu, mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan di sini, didapati positif dadah.

PETALING JAYA: Polis mendapati pemandu lori tular kerana memandu secara melulu, mengubah haluan dan berhenti secara mengejut di Lebuhraya Persekutuan di sini, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemandu lori itu telah ditahan di Meru, Klang, semalam, bagi membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif dadah jenis methampetamine, dia telah ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah mengesan satu video tular berdurasi dua minit 59 saat memaparkan sebuah lori dipandu secara melulu di Lebuhraya Persekutuan dari arah Shah Alam sebelum susur masuk Subang.

“Kejadian itu melibatkan dua buah kenderaan; kereta jenis Perodua Myvi dan lori jenis Scania. Kita berjaya mengesan kedua-dua pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pemilik kenderaan diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Kita tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang memandu secara berbahaya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading