DOKTRIN RAJA BERPERLEMBAGAAN, DEMOKRASI BERPARLIMEN ‘SAUH’ KERAJAAN STABIL – SULTAN NAZRIN
Pemahaman terhadap doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen berupaya menjadi ‘sauh’ dalam mewujudkan kerajaan yang stabil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
KUALA LUMPUR: Pemahaman terhadap doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen berupaya menjadi ‘sauh’ dalam mewujudkan kerajaan yang stabil, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah ia juga akan membantu mewujudkan sebuah kerajaan dengan budaya tadbir urus yang telus dan terpuji, seterusnya mendapat keyakinan, penerimaan serta sokongan rakyat.
“Doktrin raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen mengandungi semangat luhur yang perlu difahami. Doktrin itu jika difahami semangatnya, dihayati lalu diamalkan akan mewujudkan sistem pemerintahan yang saling mengimbangi dan sistem berkerajaan yang saling melengkapi,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada pelancaran buku ‘Kedaulatan Malaysia: Governan Utama Negara’, karya Pensyarah Undang-Undang Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, di sini, hari ini.
Titah baginda, buku itu diterbitkan dengan tujuan memberi pencerahan maksud kedaulatan di sisi falsafah undang-undang di samping menghuraikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja sebagai tonggak kedaulatan Malaysia.
Baginda bertitah raja berperlembagaan berupaya dan bersedia memenuhi tanggungjawab dengan memenuhi peranan mekanisme semak dan imbang.
“Dengan hikmah dan kebijaksanaan, Raja-raja Melayu sebenarnya berada dalam kedudukan yang berupaya memenuhi peranan pelengkap untuk membantu mengukuhkan kerajaan yang dibentuk berlandaskan sistem demokrasi berparlimen.
“Demi kesejahteraan rakyat, demi kemakmuran negara, takhta, cabang legislatif, cabang eksekutif dan cabang kehakiman, wajib merangkaikan jalinan kerjasama dalam semangat saling melengkapi di samping memenuhi peranan semak dan imbang, untuk membangunkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat, dan sebuah negara Malaysia yang mengamalkan tadbir urus yang terserlah,” titah baginda.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked