KPM BINCANG KENAIKAN GAJI GURU MILIKI KELAYAKAN AKADEMIK LEBIH TINGGI
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya juga memandang serius saranan tersebut dan berpandangan ia mestilah selari dari segi kualitifikasi bermakna integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan yang menjadi tumpuan KPM.
“Kita ambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti mana yang diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih. Ia juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama.
“Kita sedang berada dalam radar perbincangan (saranan itu) dan dalam konteks untuk menaikkan gaji guru serta dari segi kualitifikasi maknanya integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan, ini menjadi tumpuan kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri, di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Sabri Said.
Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kerajaan disaran menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berusaha memperkemaskan diri bagi memantapkan lagi pendidikan demi anak bangsa.
Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Anuar Ahmad dilaporkan berkata ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama dan ia wajar untuk dikaji semula.
Beliau turut dilaporkan berkata kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi agar mereka dapat merasakan pentingnya untuk sambung belajar bukan sahaja menambah ilmu, sebaliknya boleh meningkatkan gaji dalam bidang yang diceburi.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi galakan dan tiada sebarang halangan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana intergiriti perguruan dan kualiti guru juga meningkat dari semasa ke semasa.
“Saya ingat dari segi guru nak sambung pelajaran tidak jadi halangan malah kita menggalakkan, saya juga membuka ruang yang luas untuk mereka (sambung belajar) lagipun guru sekarang ini sangat berkelayakan dan terlatih dalam bidang mereka,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager