ABANG MAUT, ADIK SELAMAT KERETA TERBABAS, LANGGAR PEMBAHAGI JALAN

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut sementara adiknya terselamat selepas kereta BWM dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 34 Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.06 pagi tadi sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Kereta yang dinaiki dua beradik berusia 35 dan 37 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Seorang mangsa terperangkap di bahagian penumpang hadapan dan dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata, adik mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan telah bertindak keluar sendiri sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.–AlHijrah Online

Leave a Reply