PEMBUNUHAN KEJAM MODEL DARI HONG KONG ABBY CHOI, KELUARGA BEKAS SUAMI DITAHAN
Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang dikerat ditemukan di sebuah rumah sewa di Hong Kong,
Pihak berkuasa percaya isu kewangan antara motif utama dalam pembunuhan itu.
NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang dikerat ditemukan di sebuah rumah sewa di Hong Kong, menurut polis tempatan pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Bekas suami Choi, Alex Kwong, 28, ditahan di terminal feri di pantai barat laut Pulau Lantau, Hong Kong pada Sabtu dan pihak berkuasa turut merampas wang tunai 500,000 dolar Hong Kong (kira-kira AS$63,700) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (AS$510,000).
Ibu bapa Kwong dan adik lelakinya berusia 31 tahun telah pun didakwa kerana membunuh model berusia 28 tahun itu. Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa.
Bekas bapa mertua Choi dipercayai menjadi dalang pembunuhan itu yang dikaitkan dengan harta bernilai jutaan dolar.
Awal minggu ini, pihak berkuasa telah menemukan kaki mangsa yang disembunyikan di dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Kampung Lung Mei.
Polis turut menemukan tisu manusia dalam periuk sup.
“Kami masih mencari kepala, badan dan tangan yang kami percaya telah dilupuskan,” kata Superintendan unit jenayah wilayah Kowloon West, Alan Chung kepada pemberita Sabtu.
Pihak berkuasa percaya isu kewangan antara motif utama dalam pembunuhan itu.
“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai pertikaian berkaitan kewangan yang melibatkan jumlah banyak. Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya,” kata Chung. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests