WANITA CEDERA PARAH AKIBAT TONG GAS MEMASAK MELETUP, MENINGGAL DUNIA
Seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya di Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas.
Bahagian dapur di rumah mangsa selepas dapur gas yang mengalami kebocoran meletup.
GEORGE TOWN: Seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya di Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat sini.
Pengawal keselamatan, Sarimah Abdul Rahman, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 4.19 petang semalam dan perkara itu disahkanya oleh anak tunggal mangsa, Hafizan Sulaiman, 35.
Hafizan berkata ibunya ditidurkan sejak pukul 10 malam Khamis iaitu hari sama mangsa dihantar ke HPP selepas cedera parah akibat letupan tong gas memasak dalam kejadian kira-kira 9 pagi.
“Ibu ketika dibawa ke HPP masih dalam keadaan sedar dan dia kemudiannya semakin lemah sebelum doktor tidurkannya semasa menerima rawatan lanjut, keadaan kesihatan ibu semakin merosot dan tidak menentu selepas itu.
Hari ini doktor hubungi saya memaklumkan keadaan kesihatan ibu semakin teruk dan saya terus ke hospital sebelum dimaklumkan ibu telah pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Hafizan yang tinggal di Seberang Perai dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Bukit Minyak berkata jenazah emaknya yang merupakan ibu tunggal disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jaya, dekat sini selepas solat Isyak.
Beliau yang terkilan dan sedih dengan kejadian menimpa ibunya berkata wanita itu sebelum ini tinggal dengannya namun baru berpindah ke flat berkenaan kerana lebih dekat dengan tempat kerja emaknya di sana.
“Selalunya saya bertemu ibu seminggu sekali tapi sejak sebulan lepas ibu selalu mengelak untuk berjumpa dan sering beri alasan sibuk serta tiada cuti, saya reda dengan pemergian ibu namun dalam masa sama masih bersedih dan sangat terkilan,” katanya yang beberapa kali menahan sebak.
Terdahulu, media melaporkan mengenai kejadian letupan tong gas memasak sehingga menyebabkan wanita itu cedera dan melecur lebih 60 peratus dalam kejadian 9 pagi Khamis lepas.
Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tinggal bersendirian di rumah sewanya sebelum itu menyalakan dapur untuk memasak tanpa menyedari tong gas berkenaan mengalami kebocoran sebelum meletup. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked