PEMBUNUHAN, KEMUSNAHAN DI TIMUR TENGAH MESTI BERAKHIR
GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk berkata bahawa kini lebih daripada sebelumnya keberanian politik, kepimpinan dan belas kasihan amat diperlukan di Timur Tengah, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Kanaka-kanak Palestin cedera akibat serangan Israel di Gaza. – AFP
GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk berkata bahawa kini lebih daripada sebelumnya keberanian politik, kepimpinan dan belas kasihan amat diperlukan di Timur Tengah, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
“Pembunuhan, kemusnahan serta sikap suka berperang oleh mereka yang berkuasa mesti berakhir. Tiada alternatif untuk menyelesaikan konflik ini selain daripada meja rundingan. Konflik yang meluas dan peningkatan ketegangan secara progresif meletakkan nyawa dan kesejahteraan jutaan orang di seluruh rantau ini dalam bahaya,” kata Turk dalam satu kenyataan mengenai situasi di Timur Tengah.
Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Ravina Shamdasani dalam sidang media di Geneva pada Jumaat berkata: “Pesuruhjaya Tinggi Volker Turk mengingatkan semua pihak mengenai kewajipan mereka untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa atau peraturan perang berkenaan perlindungan orang awam, objek awam dan infrastruktur. Sebarang dakwaan pelanggaran mesti disiasat dengan segera dan menyeluruh serta mereka yang bertanggungjawab jika pelanggaran didapati berlaku mesti dibawa ke muka pengadilan.”
Beliau berkata situasi bagi orang awam di lapangan di Lubnan, Gaza, Israel dan Syria semakin teruk dari hari ke hari. Ibu kota Beirut yang padat dengan penduduk semakin kerap diserang oleh serangan udara Israel, ratusan orang terkorban, dan lebih sejuta orang telah melarikan diri dari rumah mereka di seluruh negara. Hizbullah dan kumpulan bersenjata lain terus melancarkan roket ke Israel.
“Penghinaan berterusan terhadap PBB, khususnya UNRWA (Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat) adalah tidak boleh diterima. Retorik toksik seperti ini dari mana-mana sumber mesti dihentikan.”
“Adalah penting untuk kita terus memberi tumpuan kepada penderitaan manusia yang menakutkan yang berterusan di Gaza. Sepanjang seminggu lepas, tentera Israel telah meningkatkan operasi ketenteraan di utara Gaza seterusnya memisahkan kawasan itu dari seluruh Semenanjung Gaza dan mempertaruhkan nyawa orang awam di kawasan itu,” beliau mengakhiri kenyataan itu. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager