DAKWAAN RUU MUFTI SEKAT KEBEBASAN ADALAH TIDAK BENAR, JANGAN TIMBULKAN KERAGUAN
KUALA LUMPUR: Dakwaan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
KUALA LUMPUR: Dakwaan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024) akan menggugat kebebasan warganegara adalah tidak benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata RUU itu tidak menyekat hak kebebasan individu sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Walau bagaimanapun, kebebasan tersebut tidaklah bersifat mutlak kerana dibataskan antara lain Perkara 8(5)(a), 10, dan 11(5).
“Sebagai contoh, hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan ialah untuk hidup beragama, bukanlah hidup tidak beragama. Hak kebebasan beragama bagi orang Islam ialah kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama yang sebenar seperti ditentukan oleh ulil amri, atau ketua agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya dalam penentuan ajaran agama Islam yang sebenar maka ia hendaklah berlandaskan hukum syarak.
Mohd Na’im turut memaklumkan Mufti Wilayah Persekutuan hanya bertanggungjawab menentukan persoalan hukum syarak yang menyentuh undang-undang diri bagi orang Islam di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Mantan Ketua Hakim Syarie itu juga menjelaskan penggubalan undang-undang yang bersifat pengawalan merupakan ciri sebuah negara berdaulat kerana tiada seorang pun bebas melakukan sebarang pelanggaran terhadap prinsip keluhuran perlembagaan.
Selain itu terdapat juga sesetengah pihak yang keliru dan salah faham terhadap fungsi dan kuasa Mufti di bawah sistem perundangan negara.
“Sesungguhnya tindakan mempertikai kuasa Mufti atas alasan penjawatnya tidak dipilih oleh rakyat (Muftis are not the people’s elected representatives) adalah tidak berperlembagaan.
“Sebagai contoh, di bawah seksyen 35 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514], Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga diperuntukkan kuasa untuk melarang penggunaan apa-apa loji atau bahan yang pada pendapatnya mungkin akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang semasa bekerja.
“Kuasa yang dilaksanakan oleh mana-mana individu seperti Mufti dan Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Akta mengikut bidang kepakaran masing-masing,” katanya.
Pelantikan individu katanya tersebut dibuat melalui undang-undang dan bukannya secara pentadbiran semata-mata.
Oleh itu Mohd Na’im menyeru semua pihak supaya tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap RUU Mufti kerana ia akan menghalang usaha murni Kerajaan bagi mengukuhkan pentadbiran Islam di Malaysia.
Menjelaskan lagi berkenaan RUU itu, Mohd Na’im berkata sesuatu fatwa yang diwartakan di bawah RUU Mufti adalah mengikat orang Islam sahaja serta terhad di bawah bidang kuasa negeri selaras dengan butiran 1 Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Malah, sebelum fatwa itu boleh mengikat, ia perlu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Majlis Agama Islam terlebih dahulu.
“Saya sekali lagi ingin menjelaskan iaitu RUU Mufti digubal bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan Mufti, penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak serta perkara yang berkaitan di Wilayah-Wilayah Persekutuan sahaja.
“RUU ini memperuntukkan 9 Bahagian iaitu Bahagian permulaan, Mufti dan Timbalan Mufti, Jawatankuasa Fatwa, pengeluaran fatwa, penentuan kiblat, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dan perunding akidah dan pelbagai,” katanya.
Menerusi RUU Mufti, pengasingan kuasa antara Jabatan Agama Islam, Mufti dan Mahkamah Syariah akan kelihatan lebih jelas.
Pentadbiran keadilan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Hukum Syarak di bawah bidang kuasa Mufti akan ditadbir oleh Akta berasingan.
Oleh itu Mohd Na’im mengajak seluruh umat Islam memberi sokongan terhadap penggubalan RUU Mufti yang dijangka akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 14 Oktober depan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager