PEMIMPIN ASEAN-GCC-CHINA KUTUK SERANGAN TERHADAP ORANG AWAM DI GAZA
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China sulung yang diadakan pada Selasa, para pemimpin itu juga sepakat menyeru supaya diadakan gencatan senjata yang berkekalan.
KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China mengutuk serangan terhadap orang awam di Gaza, dan menyeru semua pihak terlibat menghentikan serangan yang menyasarkan mereka.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China sulung yang diadakan pada Selasa, para pemimpin itu juga sepakat menyeru supaya diadakan gencatan senjata yang berkekalan.
Mereka turut menggesa akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan, keperluan asas dan pemulihan perkhidmatan penting di Gaza, di samping membenarkan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di kawasan itu.
“Para pemimpin itu telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perkembangan tersebut dan bersetuju untuk menyokong usaha berterusan bagi membebaskan semua tebusan, dan mereka yang ditahan sewenang-wenangnya,” menurut kenyataan itu.
Mereka menggesa semua pihak yang terlibat untuk berusaha ke arah penyelesaian aman konflik dengan tujuan merealisasikan penyelesaian dua negara berdasarkan penetapan sempadan sebelum 1967.
Para pemimpin itu bersetuju untuk menyokong usaha pakatan global bagi pelaksanaan penyelesaian dua negara, dengan mengambil kira inisiatif Arab Saudi untuk bekerjasama dengan Norway dan Kesatuan Eropah ke arah merealisasikan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Mereka juga mengiktiraf usaha pengantaraan Qatar untuk gencatan senjata serta memudahkan penyampaian bantuan, dan juga usaha China ke arah perdamaian dalaman Palestin.
“… terutama peranannya dalam memudahkan pemeteraian Deklarasi Beijing mengenai Pengakhiran Perpecahan dan Memperkukuh Perpaduan Nasional Palestin oleh puak-puak Palestin pada Julai 2024, di Beijing. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests