Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BAYI LELAKI TUJUH BULAN MENINGGAL DUNIA DI TASKA

DALAM NEGARA

BAYI LELAKI TUJUH BULAN MENINGGAL DUNIA DI TASKA

Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Danau Kota Kuala Lumpur, pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Danau Kota Kuala Lumpur, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada bapa kandung bayi itu di Balai Polis Setapak, beberapa jam selepas kejadian.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku antara 9 hingga 11 pagi.

“Mayat telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading