RAFIZI RAMLI LETAK JAWATAN MENTERI EKONOMI, BERKUAT KUASA 17 JUN 2025
Rafizi menerusi satu kenyataan berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun, 2025.
Rafizi menerusi satu kenyataan berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa dari 17 Jun 2025. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025,” katanya.
Rafizi berkata beliau telah menjalankan amanah terakhirnya sebagai Menteri Ekonomi dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan bakal dibentangkan pada sidang Parlimen seterusnya.
Menurutnya, RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan.
“Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada dalam Jemaah Menteri,” katanya.
Rafizi berkata beliau menyertai politik untuk membudayakan politik baharu yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.
Katanya, kekalahan dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna beliau tidak lagi mempunyai mandat daripada parti untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
“Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberatkan prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini dan saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager