Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMIMPIN POLITIK JANGAN EKSTRIM BERI PANDANGAN ISU KAUM, AGAMA – SULTAN IBRAHIM

DALAM NEGARA

PEMIMPIN POLITIK JANGAN EKSTRIM BERI PANDANGAN ISU KAUM, AGAMA – SULTAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu semua pihak di negara ini memberi tumpuan kepada mengukuhkan perpaduan, bukannya perpecahan.

Foto kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu semua pihak di negara ini memberi tumpuan kepada mengukuhkan perpaduan, bukannya perpecahan.

Titah baginda, peranan penting itu turut perlu dimainkan pemimpin politik untuk tidak berlebih-lebihan dalam memberi pandangan berkaitan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

“Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan. Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni.

“Saya berharap pemimpin politik tidak ekstrim dalam memberikan pandangan tentang isu-isu agama dan perkauman. Bukan hanya UMNO dan DAP, tetapi juga semua parti. Pemimpin mesti menjadi jambatan atau penghubung antara rakyat majmuk negara kita dengan contoh perilaku yang matang,” titahnya dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Baginda turut bertitah, kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak bahawa semua lapisan rakyat mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara. 

Perpaduan yang jitu dalam kalangan rakyat akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sejagat Malaysia. 

“Menjelang Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maafanlah antara satu sama lain dan buka lembaran baharu,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam hantaran sama, Sultan Ibrahim turut bertitah baginda hari ini berkenan menerima mengadap pimpinan kanan parti UMNO dan DAP di Istana Negara.

Pemimpin yang hadir mengadap Seri Paduka Baginda ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Setiausaha Agung DAP; Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh.

Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda bertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.  — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading