Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMPENGARUH TIRU GAYA MAJLIS ISTIADAT DIRAJA DALAM MAJLIS AKIKAH DISIASAT

DALAM NEGARA

PEMPENGARUH TIRU GAYA MAJLIS ISTIADAT DIRAJA DALAM MAJLIS AKIKAH DISIASAT

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 Bukit Aman berhubung sebuah keluarga berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti istiadat kerabat diraja dalam majlis akikah.

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sebuah video tular memaparkan majlis akikah yang meniru gaya istiadat kerabat diraja. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 Bukit Aman berhubung sebuah keluarga berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti istiadat kerabat diraja dalam majlis akikah.

“Tindakan itu dipercayai menyalahgunakan lambang diraja dan kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, peruntukan undang-undang berkenaan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan tertentu, selain denda sehingga RM1,000 bagi penggunaan tidak wajar lambang diraja.

Baru-baru ini, tular video memaparkan keluarga seorang pempengaruh dan ahli perniagaan mengenakan pakaian serba lengkap ala diraja pada majlis akikah anaknya hingga mengundang kecaman kerana 

Tindakan itu menimbulkan kecaman pengguna media sosial yang menganggap ianya salah di sisi undang-undang kerana tidak menghormati istiadat diraja.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading