PENCERAMAH TANPA TAULIAH : AJK MASJID, SURAU BOLEH DIPECAT – SULTAN IBRAHIM
“Tindakan ini bukanlah untuk menghalang program penyebaran ilmu Islam, tetapi untuk kawal penyebaran fahaman yang menyeleweng dan terpesong daripada hukum syarak yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini,”
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan hadir merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. –fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di Johor boleh dikenakan tindakan dan dipecat, sekiranya membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi ceramah di negeri itu.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah penceramah agama yang hendak menyampaikan ceramah di negeri itu, mestilah memiliki tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Baginda bertitah semua AJK masjid dan surau yang hendak menganjurkan ceramah agama, wajib mendapatkan kebenaran daripada MAINJ melalui Pejabat Kadi Daerah.
Sultan Ibrahim bertitah penceramah juga perlu menyatakan secara terperinci tajuk ceramah serta perkara yang ingin disampaikan, ketika memberi ceramah agama.
“Sekiranya ada mana-mana masjid dan surau yang gagal patuhi peraturan ini, maka semua AJK masjid dan surau itu akan diambil tindakan dan dipecat.
“Tindakan ini bukanlah untuk menghalang program penyebaran ilmu Islam, tetapi untuk kawal penyebaran fahaman yang menyeleweng dan terpesong daripada hukum syarak yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini,” titah Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Titah Sultan Ibrahim tindakan tersebut perlu, untuk mengawal golongan pelampau agama yang boleh mencetuskan kekeliruan kepada umat Islam dan golongan muda, yang kurang berilmu.
“Sehubungan itu, kerajaan harus meningkat mutu pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi, bagi melahirkan generasi masa depan yang tinggi ilmu pengetahuan,” titah baginda. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager