Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pendatang Yahudi serang sekolah

DUNIA

Pendatang Yahudi serang sekolah

Kekejaman zionis tidak mengenal erti batas peri kemanusiaan – Gambar hiasan

RAMALLAH, 11 Februari – Beberapa pelajar Palestin mengalami kecederaan selepas peneroka haram Yahudi menyerbu sebuah sekolah menengah di perkampungan Urif di selatan Nablus, semalam.

Ghassan Daghlas, seorang pegawai yang memantau aktiviti penempatan haram Yahudi di utara Tebing Barat berkata, kumpulan pelampau terbabit adalah pendatang Israel dari penempatan Yitzhar.

Malah, beliau mendakwa kehadiran mereka diiringi pasukan keselamatan Israel yang lengkap bersenjata.

Daghlas berkata akibat pencerobohan itu berlaku pertempuran antara pelajar dan kumpulan peneroka haram terbabit.

Sinar Harian melaporkan daripada salah satu agensi berita bahawa sekurang-kurangnya 10 pelajar mengalami kecederaan terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel.

Sekolah tinggi Urif telah berulang kali diserang oleh peneroka Israel sejak beberapa bulan lalu.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading