PENGANJURAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN: MCMC PANGGIL EMPAT PEMILIK AKAUN FACEBOOK
Empat pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Tilawah al-Quran, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan rakaman percakapan, semalam.
PUTRAJAYA: Empat pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Tilawah al-Quran, telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan dan rakaman percakapan, semalam.
MCMC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, semua data yang dimuat naik oleh individu berkenaan telah direkodkan sebagai bahan bukti, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Menurut kenyataan MCMC, beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Suruhanjaya itu memaklumkan, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“MCMC sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran kandungan palsu melibatkan penganjuran Tilawah al-Quran.
“Penyebaran kandungan tersebut dikesan berlaku di aplikasi Facebook melalui beberapa akaun,” menurut kenyataan itu.
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian, untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.
Dakwaan di akaun Facebook dan X kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan Tilawah al-Quran, sebaliknya hanya fokus kepada penganjuran konsert, tular sejak beberapa hari lepas.
Ia bagaimanapun dinafikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan pada 3 April (Rabu), yang memaklumkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan telah ditetapkan pada 23 hingga 28 Mei di Kuantan, Pahang.
Zulkifli turut dilaporkan berkata Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pula akan berlangsung pada 5 hingga 12 Okt. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked