KPKT ARAH PBT KOMPAUN INDIVIDU BUANG SAMPAH KELUAR KENDERAAN
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ia susulan tular gambar menunjukkan longgokan sampah yang bertaburan di tepi jalan menyebabkan pekerja PBT perlu melakukan kerja pembersihan.
IPOH: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata ia susulan tular gambar menunjukkan longgokan sampah yang bertaburan di tepi jalan menyebabkan pekerja PBT perlu melakukan kerja pembersihan.
“PBT akan mengeluarkan kompaun dan pastikan ia dibayar. Tindakan tegas akan diambil dan kamu yang buang sampah kena bertanggungjawab.
“Kita semua ada pergi sekolah. Kita semua ada pendidikan sivik maka tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kebersihan awam. Bukan sahaja kita serah kepada pekerja-pekerja PBT.
“Kita pun tahu cuaca sekarang panas terik, kasihanilah kepada pekerja-pekerja kita ini yang bertungkus-lumus untuk menjaga kebersihan awam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Meriah Beraya di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Mengenai gambar longgokan sampah yang tular itu, Nga berkata perkara itu amat dikesali dan semua pihak diminta bertanggungjawab membuang sampah di tempat sepatutnya selain menggunakan tong sampah disediakan bagi memastikan kebersihan kawasan sekitar.
“Oleh kerana itu, jika hendak makan dalam kereta, bungkusan itu letak dalam kereta dulu. Bila sampai ke kampung halaman, barulah angkat keluar, buang dalam tong sampah. Bukan dengan suka hati buang di tepi jalan dan harap orang lain iaitu pekerja kita kutip untuk anda,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayang berkata KPKT telah menggerakkan hampir kesemua jenteranya untuk memastikan kebersihan awam menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Tular beberapa gambar di media sosial menunjukkan sampah termasuk bungkusan makanan dan minuman bertaburan di sepanjang jalan dipercayai di laluan Kuala Lipis, Pahang ke Gua Musang, Kelantan dengan pekerja pembersihan mengutip sisa berkenaan.
Terdahulu, Nga menyampaikan baucer sumbangan Hari Raya berjumlah RM22,500 kepada 150 keluarga di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kepayang. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests