ISRAEL BUKA LALUAN KE GAZA SETELAH TEKANAN ANTARABANGSA MENINGKAT
Langkah itu berikutan kecaman yang semakin meluas, termasuk daripada sekutu rapat Israel, AS selepas serangan ke atas kenderaan badan kebajikan berpangkalan di Amerika Syarikat World Central Kitchen (WCK) meragut tujuh nyawa petugas bantuan kemanusiaan.
KUALA LUMPUR: Susulan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat dan amaran keras daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, Israel mengumumkan pembukaan laluan untuk bantuan kemanusian ke Gaza.
Langkah itu berikutan kecaman yang semakin meluas, termasuk daripada sekutu rapat Israel, AS selepas serangan ke atas kenderaan badan kebajikan berpangkalan di Amerika Syarikat World Central Kitchen (WCK) meragut tujuh nyawa petugas bantuan kemanusiaan.
Bahkan Perdana Menteri United Kingdom Rishi Sunak menggesa supaya satu siasatan bebas terhadap serangan yang mengorbankan warganegara AS dan British yang merupakan antara tujuh petugas yang maut.
Pengumuman dari Israel itu termasuk membenarkan laluan sementara bantuan kemanusiaan disampaikan menerusi pelabuhan Ashdod dan pusat pemeriksaan Erez .
Kerajaan Amerika Syarikat menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Israel, Jordan, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta organisasi kemanusiaan bagi memastikan pelaksanaan berkesan dan peningkatan bantuan yang sampai kepada orang ramai di Gaza.
Sementara itu dengan pembukaan laluan itu, Malaysia juga sedia untuk menghantar bantuan tambahan dengan misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia sudah berada dalam keadaan siap sedia di sempadan Rafah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:” Insya-Allah, kami akan bantu kerana kami masih ada lagi peruntukan, beratus-ratus lori berbaris (membawa bantuan), jadi selesaikan yang itu dahulu, supaya pengagihan bantuan lebih tersusun.”
Anwar berkata demikian kepada wartawan selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama 2,000 jemaah di Masjid Al-Huda Sungai Ara, Bayan Lepas Pulau Pinang.
Malaysia juga mengecam serangan Israel ke atas petugas bantuan kemanusiaan WCK dan kekecewaan di atas penggantungan operasi WCK akibat serangan itu.
Perkembangan selepas serangan ke atas WKC mencetuskan perbincangan di platform media sosial dengan ramai yang memerhatikan tindakan pantas selepas amaran Biden.
Bekas Pengarah Eksekutif Human Right Watch Kenneth Roth menekankan kelebihan yang ada di tangan Biden tetapi tidak digunakan pada awalnya sementara yang lain seperti Mohammed Al Saif menonjolkan kesan potensi campur tangan lebih awal.
Pengarah Pusat Kajian Hegemoni Balas Tim Anderson berkata tekanan ke atas rejim aparteid itu membawa kepada kebenaran sementara penghantaran bantuan kemanusiaan menerusi laluan Erez.
Keadaan di Gaza kekal meruncing dengan serangan tentera Israel sejak Oktober lepas mengakibatkan puluhan ribu korban dan kemusnahan pada skala besar.
Sekatan yang dikenakan Israel memburukkan lagi krisis kemanusiaan mengakibat penduduk Gaza mengalami kelaparan sehingga mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid.
Menurut Agensi Anadolu tentera Israel melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas dan lebih daripada 33,000 warga Palestin maut dan 75,577 orang cedera selain daripada kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan kekurangan barangan keperluan yang akut. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests