LAPAN LAGI INDIVIDU DISYAKI ADA KAITAN DENGAN LELAKI ISRAEL DITAHAN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, dua lelaki warga Turkiye dan seorang lelaki warga Georgia, berusia antara 29 hingga 60 tahun.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan lagi individu termasuk tiga warga asing dalam operasi berasingan di ibu kota dan Johor pada Khamis dan Jumaat (4 dan 5 April), bagi membantu siasatan penahanan seorang warga Israel bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Ampang pada 27 Mac lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, dua lelaki warga Turkiye dan seorang lelaki warga Georgia, berusia antara 29 hingga 60 tahun.
Razarudin berkata pihaknya juga telah mendapat perintah reman selama seminggu terhadap semua individu berkenaan, bermula tarikh mereka ditahan.
“Dua lelaki yang ditahan di Johor itu dipercayai berperanan membantu mendapatkan senjata api kepada suspek,” katanya ketika dihubungi.
Razarudin berkata susulan itu, polis turut menahan enam lelaki melibatkan dua warga Turkiye berusia 29 dan 40 tahun dan seorang warga Georgia berusia 39 tahun.
“Salah seorang warga Turkiye yang ditahan memiliki dua pasport dari Poland dan Amerika Syarikat. Tangkapan dibuat dengan kerjasama hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), berhubung aktiviti pembayaran wang kripto yang digunakan bagi membeli pistol,” katanya.
Razarudin berkata penahanan terbaru itu, menjadikan seramai 16 individu termasuk lelaki warga Israel berkenaan ditahan menerusi operasi khas membabitkan kerjasama dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Kontinjen Kuala Lumpur, JSJK dan Cawangan Khas.
Lelaki warga Israel berumur 36 tahun itu, dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lepas, dengan menggunakan pasport Perancis.
Enam senjata api yang ditemukan di dalam bilik hotel suspek ialah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.
Susulan itu polis kemudian melancarkan operasi dan berjaya menahan empat individu termasuk dua wanita di Skudai dan Gelang Patah, Johor, dan pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun di Kuala Selangor, selain seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun di Cameron Highlands, Pahang yang turut ditahan kerana dipercayai menjadi pemandu kepada lelaki Israel terbabit.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager