PENGERUSI SPANCO DIDAKWA TIPU KEMENTERIAN KEWANGAN BERHUBUNG KONTRAK URUS KENDERAAN KERAJAAN RM3.9 BILION
KUALA LUMPUR: Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion.
Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion. – Bernama
KUALA LUMPUR: Pengerusi Spanco Sdn Bhd Tan Sri Robert Tan Hua Choon didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion.
Tan, 83, yang hadir ke mahkamah dengan mengenakan sut berwarna biru dan bertongkat mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Saya faham (pertuduhan), saya tidak salah,” katanya.
Tan didakwa telah menipu Kementerian Kewangan dengan memperdayakan Jawatankuasa Pembuka Peti Tender bagi tender bertajuk “Request For Proposal for Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle Fleet”, Unit Kerjasama Awam Swasta di kementerian itu.
Ia berhubung terdapat pemilikan saham sekurang-kurangnya 30 peratus oleh Bumiputera di Spanco melalui dokumen bertajuk ‘Appendix IV (Annex i) Bidder’s Profile’, dan dengan itu Tan secara tidak jujur mendorong Kementerian Kewangan untuk menganugerahkan kontrak “Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle Fleet” bernilai RM3,966,386,628 kepada Spanco, yang mana kementerian itu tidak akan berbuat sedemikian sekiranya tidak diperdayakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Tender, Unit Kerjasama Awam Swasta, Kementerian Kewangan, Presint 2, Persiaran Perdana, Putrajaya antara 27 dan 28 Feb 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin dan memaklumkan kepada mahkamah jumlah itu dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.
“Tertuduh juga dikehendaki menyerahkan pasport antarabangsa dan diplomatik sekiranya ada, serta melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali selain tidak dibenarkan mengganggu mana-mana saksi pendakwaan secara terus atau melalui pihak ketiga,” katanya.
Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah jaminan yang ditawarkan, namun memaklumkan sekiranya pasport ditahan, ia akan menyekat perjalanan anak guamnya.
“Mohon mahkamah membenarkan anak guam melaporkan diri ke pejabat SPRM tiga bulan sekali kerana beliau menghidapi pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, sakit lutut dan sakit tulang belakang. Anak guam juga bukanlah seorang yang berpotensi untuk melarikan diri,” katanya pada prosiding yang turut dihadiri peguam pemerhati dari Spanco Sdn Bhd, Razlan Hadri Zulkifli.
Suzana membenarkan Tan diikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak menghubungi saksi pendakwaan secara terus atau melalui pihak ketiga dan melaporkan diri di pejabat SPRM dua bulan sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan sementara semua pendaftaran pelarian bagi...
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager