Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PELAKON VATERAN, JAAFAR ON MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PELAKON VATERAN, JAAFAR ON MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak vateran, Jaafar Onn, 73, meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Media melaporkan berita pemergian itu disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan beliau difahamkan telah dimasukkan ke hospital terbabit sejak Isnin lalu akibat pendarahan semasa membuang air besar.

Sebelum ini, Allahyarham juga pernah mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.

Keadaan kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak tahun lalu dengan beliau perlu menjalani beberapa rawatan di hospital. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading