Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DAKWAAN TIADA PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN TAHUN INI TIDAK BENAR

DALAM NEGARA

DAKWAAN TIADA PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN TAHUN INI TIDAK BENAR

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menafikan dakwaan yang tersebar berkenaan tiada pertandingan tilawah Al-Quran dianjurkan pada tahun ini.

Foto Hiasan – Bernama

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menafikan dakwaan yang tersebar berkenaan tiada pertandingan tilawah Al-Quran dianjurkan pada tahun ini.

Tegasnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah pun menetapkan bahawa Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei 2024 di Kuantan, Pahang.

“Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa pula akan diadakan pada 5 hingga 12 Oktober 2024,” katanya.

Beliau menasihatkan kepada orang ramai untuk sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan.

“Bersempena dengan 10 malam terakhir bulan Ramadan ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah kita dan meninggalkan perkara yang sia-sia. Wallahua’lam,”katanya dalam hantaran di media sosial.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi tangkap layar beberapa akaun media sosial yang berkongsi maklumat tidak benar itu.

“Baru perasan, tahun ini tiada pertandingan tilawah Al-Quran,” antara yang ditulis mereka yang tidak bertanggungjawab. — AlHijrah Online 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading