Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHANTAR MAKANAN MAUT MOTOR LANGGAR LUBANG

DALAM NEGARA

PENGHANTAR MAKANAN MAUT MOTOR LANGGAR LUBANG

Tangkap layar video yang tular ekoran insiden langgar lubang di Mutiara Damansara

PETALING JAYA: Bagaikan musim. Lagi korban akibat terlanggar lubang di jalan raya. Terbaharu, seorang penunggang motosikal menjadi mangsa kejadian itu.

Insiden berlaku sekitar jam 1.15 tengah hari tadi di persimpangan lampu isyarat di Mutiara Damansara, sepanjang Jalan PJU 7/2, berhampiran pusat beli belah The Curve.

Mangsa berusia 31 tahun dipercayai melanggar lubang sebelum hilang kawalan dan terjatuh di bahu jalan.

Mangsa yang maut dikenal pasti berusia 31 tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bedah siasat akan dilakukan selepas ujian COVID-19 dilaksanakan ke atas mayatnya.

ACP Nik Ezanee Mohd Faisal
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Dalam pada itu, video mengenai kejadian dilapor tular di media sosial, termasuk Twitter.

Ia memaparkan situasi penunggang motosikal lain cuba membantu mangsa yang telah terbaring kaku ke tepi jalan raya.

Motosikal yang ditunggangi dilapor hilang kawalan sebelum terbabas

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, nahas hampir serupa berlaku berhampiran pusat beli belah Mid Valley, membabitkan seorang warga emas berusia 75 tahun. Mangsa juga terkorban selepas motosikal yang ditungganginya melanggar lubang. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading