Farah Diana dan Azidah Mohamed bersama tetamu jemputan dalam Assalamualaikum edisi 4 Januari 2021
KUALA LUMPUR: Program bual bicara pagi TV AlHijrah, Assalamualaikum, pada Isnin melakar sejarah dengan memulakan siaran pertamanya untuk tahun 2021 dengan penampilan dua pengacara memakai pelindung muka atau face shield.
Ia sebagai menyahut seruan kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengekang penularan virus COVID-19, bukan sahaja dalam aspek pematuhan penjarakan fizikal antara individu, tetapi juga pemakaian pelitup muka dan pelindung muka buat kru penerbitan termasuk barisan pengacara.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, saluran televisyen berkenaan komited menyokong malah mahu menjadi contoh teladan kepada masyarakat, khususnya para penonton dalam mempromosi kehidupan dalam kelaziman baharu asas yang sering diuar-uarkan oleh pihak kerajaan.
Siaran langsung pertama Assalamualaikum untuk tahun 2021 papar kelainan dengan penggunaan face shield dalam kalangan pengacara dan tetamu jemputan
Sementara itu, pengacara yang bersiaran hari ini, Farah Diana Anuar menyifatkan, beliau teruja dengan pemakaian ‘face shield’ pada siaran hari ini dan hari-hari mendatang.
“Walaupun kekok pada awalnya, tetapi kita perlu sedar bahawa ia sebenarnya berfungsi sebagai pelindung diri juga.”
Farah Diana Anuar Hos Assalamualaikum
Lebih mengujakan Farah Diana, ia penampilan sulungnya selepas mengambil cuti dua bulan daripada bersiaran berikutan kelahiran cahaya mata ketiga.
Turut teruja dengan penampilan menggunakan pelindung muka, rakan pengacara kepada Farah Diana, Nurazidah Mohamed.
Nurazidah turut menyifatkan tugasannya sebagai pengacara yang perlu berdepan berbelas-belas ahli panel dan tetamu undangan sememangnya menuntut penjagaan prosedur operasi standard (SOP) yang sempurna termasuklah memakai pelindung muka.
“Dengan pemakaian face shield ini saya rasa diri lebih dilindungi daripada virus-virus yang tidak kelihatan. Malah saya juga yakin dengan kebaikan penguatkuasaan SOP yang dikeluarkan oleh pihak TV AlHijrah kepada semua penyampai.”
Nurazidah Mohamed Hos Assalamualaikum
Selain penggunaan pelindung muka bagi pengacara, para tetamu undangan di studio juga perlu mengenakan alatan sama yang disediakan pihak produksi Assalamualaikum.
Sementara itu, bermula hari ini, lebih banyak program di TV AlHijrah akan mula mengenakan pemakaian pelindung muka khusus bagi program bual bicara secara langsung mahu pun rakaman, antaranya; Analisis, Tijarah, 60 Minit Bersama, My #Qurantime, Cinta Ilmu dan Dengar.
Hijrah Berselawat yang disiarkan secara langsung pada 31 Disember lalu
31 Disember lalu, TV AlHijrah buat julung kalinya menyiarkan program khas malam tahun baharu, Hijrah Berselawat dengan kesemua peserta di atas pentas mengenakan face shield.
Persembahan pada malam berkenaan menampilkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai pentausiah, serta alunan selawat yang dipersembahkan oleh kumpulan In Team, Hijjaz, Almawlid dan Tomok. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked