Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHAYATAN FARDHU AIN MENINGKAT DI KALANGAN ORANG ASLI

DALAM NEGARA

PENGHAYATAN FARDHU AIN MENINGKAT DI KALANGAN ORANG ASLI

KUALA LUMPUR: Penghayatan fardhu ain dan ajaran Islam semakin meningkat di kalangan Orang Asli yang sudah memeluk agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya amat bangga apabila ada di kalangan Orang Asli sendiri sudah mampu untuk menjadi imam dan bilal di surau kampung masing-masing.

“Saya difahamkan terdapat sebanyak 365 buah surau di kampung orang asli dan 34 daripadanya merupakan masjid dan surau diri Jumaat.

“Ini membuktikan syiar islam sudah berdiri dan tersebar luas ke pelusuk belantara.

“Latihan dan kursus bagi imam dan bilal ini akan sentiasa diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan NGO-NGO bagi memantapkan bacaan dalam solat atau penyampaian khutbah Jumaat,” katanya pada Simposium Pendakwah dan Kepimpinan Orang Asli hari ini anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan mengiktiraf pendakwah dan pemimpin masyarakat Orang Asli di kalangan Orang Asli Islam yang banyak menyumbang dan membantu di dalam pelaksanaan kerja dakwah di perkampungan Orang Asli di seluruh tanah air.

Selain itu, ianya juga untuk mengiktiraf surau-surau di perkampungan Orang Asli yang aktif di dalam aktiviti pengimarahan hingga menjadikan surau bukan sahaja sebagai tempat untuk beribadah malahan boleh menjadi pusat aktiviti bagi komuniti setempat.

Lima anugerah disampaikan dalam majlis hari ini iaitu Anugerah Masjid Surau Jumaat Kampung Orang Asli Terbaik, Anugerah Surau Kampung Orang Asli Terbaik, Anugerah Tokoh Kepimpinan Masyarakat Orang Asli, Anugerah PMOA Qudwah Peringkat Negeri dan Anugerah PMOA Qudwah Peringkat Kebangsaan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading