PENGUMUMAN HARIAN PENGUATKUASAAN, SOP PKP DISERAHKAN MENTERI LUAR NEGERI – TPM ISMAIL

PUTRAJAYA: Pengumuman harian berkaitan aktiviti penguatkuasaan serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diteruskan Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bermula esok 27 Julai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Hishammuddin yang merupakan Menteri Kluster Keselamatan yang baharu akan mengambil alih tugasnya berkenaan dengan COVID-19.

“Sejak 20 Mac 2020, saya memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Keselamatan) dan semua kenyataan media harian berkaitan Task Force Operasi Pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta 342 di seluruh negara bagi mengawal penularan wabak COVID-19 telah dikeluarkan oleh saya setiap hari sepanjang 1 tahun, 4 bulan dan 6 hari.

“Maka Hishamuddin sebagai Menteri Kluster Keselamatan yang baharu akan mengambil alih tugas yang saya laksanakan sebelum ini berkenaan dengan COVID-19,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail merakamkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penglibatan beliau antaranya anggota pentadbiran, kementerian-kementerian terlibat, agensi, frontlinersserta rakyat Malaysia yang mahukan negara bebas dari COVID-19.

“Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat media yang sentiasa melaporkan perkembangan dari masa ke masa,” katanya.—AlHijrah Online

Leave a Reply