COVID-19: 207 KES KEMATIAN TERTINGGI

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi mencatatkan kes kematian harian tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda iaitu 207 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam ciapannya, bagi pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat kepada 1,009 orang termasuk 524 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Image

Jumlah kes positif harian setakat 26 Julai berjumlah 14,516 kes, Selangor masih negeri yang tertinggi mencatatkan kes sebanyak 6,508 kes diikuti Johor 1,449 kes.

Sementara itu, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur merekodkan 1,425 kes manakala Kedah 1,160 kes.

Dalam perkembangan yang sama, sebanyak 33 kluster baharu dilaporkan, dan 21 kluster daripada jumlah tersebut merupakan kluster tempat kerja.—AlHijrah Online

Leave a Reply