PENGUNDI DI MICHIGAN BAWA KEBIMBANGAN MENGENAI GAZA KE PUSAT PENGUNDIAN
Dalam pilihan raya yang dijangka bersejarah ini, komuniti Muslim di negeri terbabit tampil menyuarakan kemarahan mereka terhadap sokongan AS terhadap tindakan Israel di Gaza.
DEARBORN: Pengundi di Michigan, antara negeri terpenting dalam pilihan raya presiden AS, mula menuju ke pusat pengundian awal pagi Selasa bagi memilih presiden dan anggota Kongres yang baharu.
Proses pengundian di Michigan akan berlanjutan sehingga 8 malam waktu tempatan pada Selasa, dengan pengundi akan menentukan sama ada calon Demokrat, Kamala Harris, atau Republikan, Donald Trump akan ke Rumah Putih sebagai presiden ke-47 AS, lapor Agensi Anadolu.
Dalam pilihan raya yang dijangka bersejarah ini, komuniti Muslim di negeri terbabit tampil menyuarakan kemarahan mereka terhadap sokongan AS terhadap tindakan Israel di Gaza.
Jacklin Zeidan, seorang penduduk Dearborn berketurunan Palestin, berkongsi pandangannya mengenai pilihan raya ini, menyatakan bahawa ia bukan soal calon seperti Trump atau Harris, tetapi tentang masa depan dan perubahan dasar untuk komuniti.
“Banyak yang telah berlaku sepanjang tahun ini, dan saya rasa kerajaan kita bersekongkol (dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza), dan mereka tidak membuat keputusan berdasarkan kemanusiaan dan keamanan.
“Saya berpendapat semuanya berkisar pada kepentingan perang dan berapa banyak keuntungan yang boleh mereka perolehi … daripada senjata dan sebagainya.
“Sebagai sebuah negara, sebagai warganegara Amerika, perlu memberitahu ahli politik ini bahawa kita tidak lagi berdiam diri dan kita meminta mereka semua bertanggungjawab, tanpa mengira parti,” kata Zeidan kepada Anadolu.
Reajb, yang mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya ini, menyatakan tiada yang lebih buruk daripada apa yang berlaku di Gaza dan dia mengundi calon parti ketiga sebagai tindak balas kepada pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza.
“Saya rasa adalah penting untuk semua orang mengundi, terutamanya, anda tahu, memandangkan semua yang sedang berlaku, dan saya rasa sangat penting untuk mengundi Parti Hijau dalam pilihan raya ini, kerana kita tahu kita tidak boleh mempercayai mana-mana parti untuk mewakili kita dan keperluan kita, terutamanya sebagai anggota komuniti Arab.
“Saya berharap kita dapat menghukum Parti Demokrat atas segala yang berlaku sepanjang tahun lalu, untuk menunjukkan kepada mereka bahawa kita tidak akan memberikan sokongan tanpa syarat, dan mereka tidak boleh menggunakan taktik menakut-nakutkan kita tentang Parti Republikan hingga membuat kita takut untuk tidak mengundi mereka,” katanya.
Has Chero, seorang warga Arab Amerika, berharap suara komuniti Arab Amerika akan lebih didengari, terutamanya berkaitan isu-isu di Timur Tengah, seperti Gaza dan Lubnan.
Henry Ray, pula berkata bahawa dia melihat komuniti Dearborn bersatu di kotak undi, berkata dia mengundi untuk Harris, tetapi situasi di Gaza menyebabkan masalah bagi ramai pengundi.
Ray berkata tinggal di ‘key swing state’ meletihkannya, memandangkan kehadiran calon-calon yang berterusan dan intensiti kempen pilihan raya.
Majoriti Muslim Amerika, terutamanya di Michigan, merasa dikhianati dan marah dengan sokongan tanpa syarat pentadbiran Biden terhadap Israel yang telah membunuh lebih 43,000 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Okt 2023.
Pada Selasa, rakyat Amerika memilih antara Demokrat Kamala Harris dan Republikan Donald Trump untuk jawatan presiden ke-47 negara itu. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked