PENINGKATAN KES COVID-19 BUKAN KONSPIRASI TANGGUH RAYA AIDILFITRI – KJ

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Peningkatan kes COVID-19 melibatkan varian Omicron di Malaysia bukan satu konspirasi untuk menangguhkan perayaan Aidilfitri pada Mei depan, sebaliknya dihadapi banyak negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, gelombang Omicron turut melibatkan negara-negara antarabangsa termasuk Eropah.

“Gelombang Omicron ini bukanlah hanya berada di Malaysia sahaja, bukanlah konspirasi “KJ” untuk menafikan Hari Raya lagi. Namun, ia sebenarnya telah kena di semua negara.

“Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan COVID-19 pada 4 Februari 2022, tiga kali ganda berbanding hari sebelumnya.

“Pada 5 Februari, Korea pula melaporkan kes harian sebanyak 38,670 kes, Indonesia (33,729 kes), Thailand (10,879 kes), Filipina (7,469 kes), Australia (22,985) kes dan Jepun 102,275 kes,” katanya dalam sidang media, hari ini.—AlHijrah Online

Leave a Reply