Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENINGKATAN KOS UMRAH BERSIFAT SEMENTARA

DALAM NEGARA

PENINGKATAN KOS UMRAH BERSIFAT SEMENTARA

Sumber Gambar: ARKIB / AFP

PETALING JAYA: Pertambahan kos bagi menunaikan ibadah Umrah sehingga lebih RM2,000 dengan harga lantai baru berjumlah RM6,200 disifatkan sementara.

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) Travel Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, kenaikan kos itu berikutan pandemik COVID-19 yang perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerajaan Arab Saudi dan bukannya untuk mengaut keuntungan.

“Kenaikan kos tersebut berkait dengan SOP kerajaan Arab Saudi, contohnya dari segi pengangkutan, dulu boleh bawa 50 penumpang kini separuh sahaja yang dibenarkan.

“Penginapan hotel dahulu boleh empat orang sebilik, sekarang maksimum dua orang satu biik sahaja,” katanya, hari ini.

Menurut Ahmad Ruzman, kos bagi ujian saringan COVID-19 yang wajib dilakukan sebelum meninggalkan Arab Saudi juga agak tinggi dan menyumbang kepada pertambahan kos tersebut.

Bagaimanapun, beliau yakin kos tersebut dijangka turun selepas pandemik COVID-19 mula reda selain kelonggaran terhadap SOP yang dikuatkuasakan ketika ini.

Sementara itu, Ahmad Ruzman mengingatkan pemain industri khususnya ejen supaya mengembalikan lebihan wang tempahan pakej umrah kepada jemaah sekiranya terdapat pengurangan kos dalam tempoh ibadah umrah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading