Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA LEMAS BANTU MANGSA BANJIR DISAHKAN SELAMAT

DALAM NEGARA

BOMBA LEMAS BANTU MANGSA BANJIR DISAHKAN SELAMAT

MELAKA: Seorang anggota bomba lemas semasa menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini petang tadi.

Bagaimanapun mangsa yang merupakan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah itu berjaya diselamatkan rakan sepasukannya dan telah dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir kira-kira jam 4 petang tadi, sebelum diselamatkan lapan anggota bomba bersama 10 penduduk kampung lain.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesahkan anggota tersebut dalam keadaan selamat namun belum sedarkan diri.

Beberapa kawasan di Melaka termasuk Ayer Keroh dan Jasin dilanda banjir selepas hujan lebat mula turun sejak jam 2 petang tadi.

[KEMAS KINI]

ANGGOTA BOMBA LEMAS MENINGGAL DUNIA

https://alhijrahnews.com/anggota-bomba-lemas-meninggal-dunia/

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading