ANGGOTA BOMBA LEMAS MENINGGAL DUNIA

May be an image of 1 person and text

MELAKA: Anggota Bomba Mohd Diya Che Jusoh, 46 tahun, yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka semalam, meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata, anggota tersebut meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya dalam kenyataam hari ini.

Semalam media melaporkan seorang anggota bomba nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.

Difahamkan anggota berkenaan tersangkut dalam aliran deras air banjir kira-kira jam 4 petang semalam, sebelum diselamatkan lapan anggota bomba bersama 10 penduduk kampung lain.

Anggota berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut. – AlHijrah Onlien

One comment

Leave a Reply