YADIM CIPTA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS MELALUI TAZKIRAH 24 JAM

KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menempa nama dalam Malaysia Book Of Records selepas kejayaan menganjurkan tazkirah 24 jam yang diiktiraf sebagai “Longest Non Stop Live Broadcasting Islamic Talk”.

Program terbabit dibuat sempena Sambutan Maulidur Rasul 1443h yang menjadi sebahagian daripada pengisian kepada Program Bulan Dakwah 2.0 YADIM.

Program yang bermula jam 9 malam 18 Oktober sehingga 10 malam 19 Oktober 2021 ini melibatkan seramai 24 penceramah dari dalam dan luar negara.

Tazkirah 24 jam itu turut membedah buku Sirah Nabawiyah terbitan YADIM yang diterjemah daripada kitab yang terkenal iaitu Al Raheeq Al Makhtum karangan Syeikh Saffiyu Al Rahman Al Mubarakfuri.

Kitab tersebut dipilih kerana ia adalah salah satu daripada sumber rujukan kontemporari terbaik dalam mengkisahkan perjalanan hidup junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Video siaran langsung penuh boleh ditonton melalui pautan di bawah ;
https://www.facebook.com/yadimmalaysia/videos/271521781540220

Ia telah menarik seramai 44,893 penonton secara fizikal dan maya dengan jumlah tontonan secara langsung melebihi 500 orang bagi setiap masa. –AlHijrah Online

Leave a Reply